Pages

Thursday, March 17, 2011

PEMANTAUAN REFURBISHED PC KOREA DI SK INTAN BAIDURI



Pada 28 Januari 2011 satu Pemantauan Refurbished PC Korea telah di adakan di SK Intan Baiduri bagi tujuan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar dan pendedahan perkembangan teknologi ICT masakini. Turut hadir bersama Pn. Azlinda Sham bt Abdullah, GPK Tadbir & Kurikulum, SK Intan Baiduri, En. Muhamad Faizal b. Mohamad Roselee, GICT, En. Wan Rohaizad b. Wan Zakaria, Juruteknik Komputer, SK Intan Baiduri dan Pn. Juninah bt Mohmad Nor, Juruteknik Komputer, PKG Segambut Jaya.

Sejarah PC Korea ini telah di didermakan oleh Jeollanam-Do Office of Education of the Republic of Korea pada 6 Jun 2006. Sebanyak 30 unit komputer telah dibekalkan kepada sekolah bagi tujuan P&P. Beberapa kelebihan dan kelemahan di dapati dalam pemantauan ini.

Kelebihan : Penambahan & peningkatan bilangan pengguna (murid & guru)

Kelemahan : Perisian yang digunakan tidak sesuai pada masa ini kerana vision yang digunakan tidak menepati peredaran masa.

No comments:

Post a Comment