Pages

Thursday, March 17, 2011

Laporan Pemantauan Projek Rintis Makmal Bahasa SK Taman Seri Sinar Kali Ke-2

Pada 22 Februari 2011, Pn Haslizah bt Jibin (PTP PKG Segambut Jaya) dan Encik Hasruddin bin Hussein (PTP BTPNKL) telah membuat pemantauan ke Makmal Bahasa MBMMBI SK Taman Seri Sinar. Turut serta dalam pemantauan tersebut ialah beberapa pegawai dari sektor TMKP, BTP yang diketuai oleh Pn Kameliah bt Abdul Hudi,En Yap Tian Choy (PK Kanan Tadbiran), En Mazlan bin Ahmad (Guru Penyelaras ICT) dan Pn Siti Idura bt Saiman, Guru Penyelaras Program MBMMBI.
Pn Kameliah memberi penerangan ringkas mengenai program berkenaan. Borang instrument bagi penilaian kali kedua turut diberi kepada guru penyelaras program . Dalam penilaian kali kedua ini, borang-borang instrumen penilaian yang perlu dijawab adalah berdasarkan kepada beberapa aspek, iaitu:
1.Pengurusan dan Penggunaan Makmal Bahasa/Borang A ( Disi oleh Pentadbir Sekolah).
2.Peralatan/Borang B(Disi oleh Juruteknik FT17 atau Guru Penyelaras Makmal Komputer).
3.Perisian Bahasa Inggeris/Borang C2(Diisi oleh guru Bahasa Inggeris).
4.Perisian Pengurusan Kelas(Platform)/Borang D(Disediakan dalam Bahasa Inggeris. Diisi oleh FT17 atau Guru Penyelaras Makmal Komputer.

No comments:

Post a Comment