Pages

Thursday, March 17, 2011

Laporan Pemantauan Projek Rintis Makmal Bahasa MBMMBI SK Taman Seri Sinar


Pada 19 Januari 2011, Pn Haslizah bt Jibin (Pegawai Teknologi Pendidikan ) dan Pn Juninah bt Mohmad (Juruteknik Komputer) PKG Segambut Jaya telah membuat pemantauan ke atas Projek Rintis Makmal Bahasa MBMMBI yang dijalankan di SK Taman Seri Sinar. Turut serta dalam pemantauan tersebut ialah En Neo Kim Thin, Guru Besar SK Taman Seri Sinar, En Mazlan bin Ahmad, Guru ICT dan Pn Siti Idura bt Saiman, Guru Penyelaras Program MBMMBI.

Program MBMMBI telah diadakan di SK Taman Seri Sinar. Sekolah ini merupakan sekolah rintis bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemilihan sekolah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan.Bermula pada awal Januari 2011, syarikat yang bertanggungjawab dalam program MBMMBI iaitu Oricson Sdn Bhd telah memberi taklimat dan latihan kepada guru-guru Tahun 1 yang akan terlibat dalam pelaksanaan program ini di sekolah berkenaan.
Selain itu, pihak syarikat telah melaksanakan pemasangan bekalan peralatan komputer serta bahan perisisan yang berkaitan pada bulan Disember 2010.Sesi pengajaran dan pembelajaran pertama yang melibatkan pelajar tahun 1 telah berlangsung pada 5 Januari 2011. Aktiviti berkenaan disertai bersama pihak Syarikat Oricson Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment