Pages

Monday, April 9, 2012

TAKLIMAT PENGGUNAAN STS






          Taklimat Penggunaan Support Ticketing System (STS) ini telah diadakan di Makmal Komputer (Bilik Mutiara) PKG Sentul pada 5 April 2012.  Taklimat yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah melibatkan seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada GiCT/GPB
             
         Taklimat ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada GiCT/GPB mengenai penggunaan STS yang bertujuan membantu para guru melaporkan kerosakan peralatan komputer sekolah. Hanya beberapa orang guru yang terlibat daripada setiap PKG kerana taklimat ini mensasarkan kepada GiCT/GPB yang baru serta sekolah yang didapati tidak melaporkan sebarang kerosakan sebelum ini.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Zaini b. Mohd Endot (PKG Bangsar). Turut  membantu ialah En. Mohd Seth b. Yusof (PKG Kampung Pandan), Pn. Normastura bt. Abd.Talib (PKG Segambut Jaya), Pn. Siti Shahira bt. Abdul Rahman (PKG Pudu), Cik Rina Murugaiah (PKG Keramat) dan Cik Syam Irza bt. Mohd Sham (PKG Sentul). 



TAKLIMAT GREENTECH DAN e-LEARNING MOE COURSEWARE



         Taklimat Greentech dan e-Learning MOE Courseware telah diadakan di PKG Sentul pada 4 April 2012.  Taklimat bermula pada jam 8.30 pagi ini telah melibatkan seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada Juruteknik Komputer (FT17) sekolah ahli PKG Segambut Jaya (17 orang) dan PKG Sentul (9 orang)

     Taklimat ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai Projek GreenTech kepada juruteknik komputer sekolah-sekolah Kuala Lumpur dimana peralatan komputer lama yang sudah boleh dilupuskan boleh digunapakai kembali jika ia dinaik taraf. Selain itu, para peserta diberi pendedahan berkaitan penggunaan laman e-Learning MOE Courseware. Dr. Norazli bt. Othman, UTM dan En. Abd.Moeis b. Abd.Shukor telah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi menerangkan Projek Inovasi usahasama UTM dan BTPNKL ini. Penggunaan DropBox juga didedahkan bagi membantu para peserta berkongsi maklumat secara atas dan luar talian. Bengkel juga dihadiri Pn. Hjh. Noorayni bt. Othman, Pn. Haslizah bt. Jibin, Cik Syam Irza bt. Mohd Sham dan Pn. Normastura bt. Abd.Talib.  

Monday, February 13, 2012


PEMANTAUAN 1BestariNET


Khamis, 19 Januari 2012 Pemantauan 1BestariNET telah dijalankan oleh Pn. Haslizah Bt. Jibin, Pengawai PKG Segambut Jaya dan Pn. Normastura Bt. Hj. Abdul Talib, Juruteknik Komputer PKG Segambut Jaya.

Pemasangan 1BestariNET telah siap dipasang di beberapa sekolah dibawah PKG Segambut Jaya iaitu SK Sg. Penchala, SMK Taman Tun Dr. Ismail, SK La Salle Jinjang 1 & 2. Kelajuan internet di sekolah amat-amat memuaskan buat masa ini.Setiap modem telah dipasang di zoom-zoom yang terpilih.
PEMANTAUAN MBMMBI


Rabu, 4 Januari 2012 pemantauan makmal MBMMBI telah dijalankan oleh Pn. Normastura Bt. Hj. Abdul Talib, Juruteknik Komputer PKG Segambut Jaya.

Pemantauan dibuat kepada 4 sekolah iaitu SK manjalara, SK Seri Murni, SMK Segambut Jaya dan SMK Taman Bukit Maluri. Pemasangan MBMMBI dipasang di Makmal Komputer.

Monday, November 21, 2011

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR BESTARI BTP


Pada hari Rabu, 16 November 2011, PKG Segambut Jaya telah dilawati oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari, BTP iaitu Tn Hj Wan Mohd Noor bin Wan Endut dan En Abdul Kadir bin Abdul Wahab, pegawai Bahagian Kewangan BTP. Lawatan berkenaan turut disertai oleh En Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur.


Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya, iaitu Pn Haslizah bt Jibin telah menyampaikan beberapa maklumat yang berkaitan dengan pengurusan pusat kegiatan guru serta aktiviti-aktiviti sekolah-sekolah ahli yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011. Merupakan lokasi kedua yang dilewati oleh beliau untuk lawatan kerja ke pusat kegiatan guru Wilayah Kuala Lumpur