Pages

Friday, March 18, 2011

LAPORAN TAKLIMAT INISIATIF ICT 2011 PKG SEGAMBUT JAYA


Taklimat Inisiatif ICT peringkat PKG Segambut Jaya telah dilangsungkan di Bilik Kuliah, PKG Segambut Jaya pada 9 Mac 2011, iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 49 orang guru-guru penyelaras bestari(GPB) dan penyelaras ICT(GPICT) telah hadir. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya, Pn Haslizah Jibin dan En Abdul Halim dari BTPNKL telah menyampaikan beberapa siri penerangan yang berkaitan dengan bidang tugas guru-guru ICT, iaitu STS & Penyelenggaraan, Pembudayaan ICT-SSQS, Pengisian data-SPPICTS, Pengurusan & Inisiatif ICT dan TM Broadband serta penggunaan emel sekolah-sekolah KL.

Sambutan dan maklum balas yang ditunjukkan oleh para guru ICT sangat menggalakkan. Kebanyakkan persoalan yang diutarakan adalah menjurus kepada TM Broadband, emel sekolah dan penyenggaraan peralatan ICT .Pihak PKG Segambut Jaya dan BTPNKL sangat berharap agar taklimat yang diadakan ini dapat dijadikan satu medium penyebaran informasi untuk guru-guru ICT melaksanakan tugas di sekolah.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Taklimat Inisiatif 2011.

No comments:

Post a Comment