Pages

Friday, March 18, 2011

LAPORAN TAKLIMAT GALAKGUNA DAN PROMOSI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2011




Pada 10 Mac 2011, iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah diadakan Taklimat Galakguna dan Promosi Teknologi Pendidikan peringkat PKG Segambut Jaya yang bertempat di Bilik Kuliah, PKG Segambut Jaya. Seramai 49 orang guru-Penyelaras Perpustakaan dan Media (GPM) telah hadir.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya, Puan Haslizah Jibin dan beberapa orang pegawai BTPNKL iaitu Puan Arinawati Mohd Yassin, En Zam-Zam Abdul Rahman dan En Hasruddin Hussein terlibat dalam menyampaikan beberapa siri penerangan yang berkaitan dengan promosi BTPN&PKG, portal/laman/web/resos p&p, EduwebTV, pengurusan PSS dan program NILAM serta pelaksanaan Literasi Teknologi Pendidikan.

Guru-guru GPM telah memberikan kerjasama dan menunjukkan minat yang baik sepanjang taklimat berlangsung. Pihak PKG Segambut Jaya dan BTPNKL sangat berharap agar taklimat yang diadakan ini menjadi satu wadah penyebaran maklumat untuk guru-guru GPM serta ruang buat mereka bertemu rakan setugas dan berkongsi idea.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Taklimat Galakguna dan Promosi Teknologi Pendidikan 2011 .

No comments:

Post a Comment