Pages

Wednesday, December 8, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432


Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua Pegawai dan Staff BTPNKL, PKG dan sekolah ahli PKG Segambut Jaya. Setiap tahun kita akan menyambut tahun hijrah, dan setiap kali juga kita menanamkan azam yang baru untuk memperbaiki diri. Tetapi setakat mana kesungguhan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W menghayati perjuangan baginda menegak syiar islam.? Pada usia baginda 40 tahun Allah turunkan wahyu dengan ayat pertama IQRO yang membawa maksud BACALAH. Selama 23 tahun baginda memperjuangkan harta dan diri baginda demi menegakkan ISLAM. Maka dengan itu kita sebagai umatnya haruslah memperbaiki dan melengkapkan diri kita supaya islam yang di bina oleh baginda kekal. Kembalilah kepada fitrah manusia yang hidup diatas muka bumi ini Wajib BerALQURAN. Hanya 2 perkara sahaja yang di wasiatkan sebelum wafatnya baginda, hayatilah wasiat ini:

"Kutinggalkan untuk kamu 2 perkara (PUSAKA), Taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu KITABULLAH dan SUNNAH RASULNYA".

Salam Maal Hijrah dari kami warga PKG Segambut Jaya.

No comments:

Post a Comment