Pages

Tuesday, November 23, 2010

BENGKEL PEMBINAAN BONEKA GURU PRA SEKOLAH SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010


Bengkel Pembinaan Boneka Guru Pra Sekolah anjuran PKG Segambut Jaya telah berjaya diadakan pada 2 November 2010 di Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya. Bengkel sehari ini diadakan sempena sambutan Kem Membaca 1 Malaysia 2010 dan ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh PKG Segambut Jaya dengan kerjasama JKPA PKG Segambut Jaya. Aktiviti ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri dari guru – guru pra sekolah sekolah ahli PKG Segambut Jaya , AJK JKPA PKG Segambut Jaya dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Sentul, PKG Bangsar dan BTPNKL.

Peserta diberi pendedahan di dalam teknik penghasilan boneka dari pinggan kertas dan juga stokin oleh penceramah dari PKG Sentul iaitu Pn. S. Fadhillah bt Mohd Salleh dan Pn. Arinawati bt Yassin dari BTPNKL. Acara kemuncak bengkel ini adalah pertandingan bercerita berkumpulan menggunakan boneka yang dihasilkan oleh peserta.

Sebagai acara penutup, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara bercerita berkumpulan, boneka stokin terbaik dan boneka pinggan kertas terbaik juga turut diadakan.

Para penceramah, hakim dan juga Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya, Pn. Haslizah Jibin juga amat berpuashati dengan hasilan bengkel oleh peserta Bengkel Pembinaan Boneka Guru Pra Sekolah ini.

No comments:

Post a Comment