PKG Segambut Jaya telah dipilih untuk menerima Anugerah Pengurusan Aktiviti PKG terbaik di peringkat BTPNKL. Anugerah ini merupakan yang julung kali di perkenalkan dengan tujuan untuk menghargai sumbangan biro-biro JKPA dalam menjayakan aktiviti yang telah diatur sepanjang tahun 2009. Terima kasih tidak terhingga di atas kepercayaan pihak BTPNKL kepada PKG Segambut Jaya. Tanpa kerjasama semua pihak kami tidak dapat meraih anugerah ini. Diharapkan dengan anugerah ini dapat merangsang semangat kerjasama antara sekolah-sekolah ahli. Syabas dan Tahniah!
No comments:
Post a Comment