+Dengan.jpg)
PKG Segambut Jaya dan Biro Teknolologi dan Komunikasi (JKPA )telah mengadakan sebuah bengkel yang melatih para guru dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar menggunakan aplikasi teknologi dan ict. Bengkel telah berlangsung selama satu hari, iaitu pada 21 Oktober 2009, bertempat di SMK Taman Tun Dr Ismail.
Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan Sejarah sekolah menengah telah didedahkan dengan dua slot utama iaitu Pengenalan Kepada VCD Cutter dan Photoscape, Pengenalan Window Movie Maker. Bengkel berkenaan diakhiri dengan aktiviti membina ABM menggunakan Window Movie Maker .
PKG Segambut Jaya mengucapkan tahniah kepada En Lim Soo Seng dan jawatankuasa biro lain yang berusaha menjayakan bengkel ini. Ucapan terima kasih juga buat En Shahrul Azman bin Mohamed Nasir, dari SMK TTDI yang sudi menjadi penceramah bengkel serta tidak lupa buat pihak pentabiran SMK TTDI yang sudi membenarkan premis sekolah dijadikan tempat untuk para guru menimba ilmu.
No comments:
Post a Comment