
Seramai 49 orang Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah-sekolah ahli PKG Segambut Jaya telah menghadiri Taklimat Guru Perpustakaan dan Media, yang bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara pada 9 Februari 2010. Program ini telah di rasmikan oleh Encik Mohd. Sanusi Saseetharan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL.
Program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPNKL. Ini adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan guru-guru PSS tentang Literasi Maklumat dan IQPSS. Di samping itu juga, mereka di terangkan mengenai Takwim Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP) oleh En. Zainuddin bin Othman bagi tahun 2010 serta Perkhidmatan Media oleh En. Rossaidi bin Ngah.
Para peserta taklimat didedahkan dengan maklumat yang berkaitan informasi PSS Senayan oleh En. Abd. Hamid bin Abdullah dari PKG Keramat, IQPSS oleh Pn. Fadzliaton bt. Zainudin serta Literasi Maklumat dan Pusat Akses oleh Datin Che Normadiah bt Hj. Che Abbas.
No comments:
Post a Comment