Tuesday, June 15, 2010
PEMANTAUAN PROJEK LAN FASA 1 KALI KE 3 DI SMA K. LUMPUR
Pada 11 Jun 2010, jam 10.00 pagi , lawatan ict yang bertujuan memantau perjalanan kerja-kerja pemasangan Projek LAN Fasa 1 telah berlangsung di SMAKL . Pengetua SMAKL, iaitu Tn Hj Sakijan bin Muri telah menyambut kehadiran En. Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL. Turut hadir ialah En Rossaidi bin Ngah, En Abd Halim bin Abu Samah, dan Pn Haslizah bt Jibin, PTP PKG Segambut Jaya. Wakil dari Syarikat Bayu Tronikyang hadir ialah En Saiful Azrai Kelia ,Pengurus Projek Bayu Tronik , En Mohd. Izzuddin, Pengurus Projek Bayu Tronik dan En. Azuan Technical Problem.
Ini merupakan pemantauan kali ke -3 bagi tujuan menilai kerja-kerja naik taraf talian schoolnet yang mana ia dipertanggungjawabkan kepada syarikat Bayu Tronik. Pada kali ini, pihak BTPNKL dan pkg mendapati bahawa masih ada lagi beberapa kerja yang belum disiapkan , iaitu yang berkaitan dengan labeling pada kabel-kabel yang ada pada server dan switch.
Pengetua dan Pn. Fadzlin Bt Mahammad Karoni turut mendengar laporan berkaitan pemantauan yang dijalankan oleh En Abd Halim bin Abu Samah.
Pihak BTPNKL mensyaratkan bahawa UAT hanya boleh ditandatangani oleh pegawai pkg sekiranya kerja-kerja pemasangan projek schoolnet fasa1 ini telah pasti siap sepenuhnya.
Di sediakan oleh: pkgsj
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment