Wednesday, June 30, 2010
HARI KELUARGA BTPNKL 2010
BTPNKL telah mengadakan sambutan Hari Keluarga BTPNKL pada 18 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010 di BTPN Pahang. 2 buah bas telah ditempah oleh Badan Kebajikan Sukan BTPNKL bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini. Bas bertolak dari BTPNKL pada pukul 9.30mlm dan sampai di BTPN Pahang pada pukul 12.30mlm.
Sambutan kali ini telah di rasmikan oleh En. Rossaidi bin Ngah, Penolong Pengarah Teknologi Pendidikan BTPNKL. Pelbagai acara menarik telah di atur oleh En Khairul Anuar bin Hassan selaku urusetia. Lokasi yang di pilih adalah Pantai Balok. Sebelah paginya kami melakukan aktiviti memanaskan badan dengan tarian poco-poco yang di ketuai oleh Pn. Arinawati bt Mohd Yassin. Bagi acara kanak-kanak mencari gula dalam pasir dan meniup belon hingga pecah. Bagi acara dewasa pula Terompah Gergasi,Kaki Galah dan Bola Tampar. Sebelah petangnya pergi makan sata tetapi tidak dapat menikmati dengan sepuasnya kerana sata sudah habis. Cuma dapat merasa sedikit sahaja pun jadilah.
Sebelah malam pihak urusetia berusaha menyediakan BBQ dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga BTPNKL dan ahli keluarga masing-masing. Acara penutupnya amat meriah dengan penyampaian hadiah acara sukaneka yang telah di sampaikan oleh En. Rossaidi bin Ngah.Diikuti pula dengan dendangan lagu oleh bakat-bakat terpendam warga BTPNKL serta ahli keluarga berkaroake.
Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur kami sempat singgah di Pantai Telok Cempedak, bagi yang berminat membeli cenderahati tempat ini amat sesuai dan yang berhajat bergambar kenang-kenangan pun tidak melepaskan peluang keemasan ini.
Selamat Hari Keluarga Bagi Warga BTPNKL semoga usaha ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.
Di sediakan oleh: pkgsj
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment