Pages

Monday, November 22, 2010

PEMANTAUAN PROJEK LAN SMK TMN. TUN DR. ISMAIL






8 Oktober 2010(Jumaat) jam 9.00 pagi pemantauan kali pertama di adakan di SMK Tmn. Tun Dr. Ismail. Turut hadir En. ShahrulAzman bin Mohamed Nasir, GICT SMK TTDI,En. Ikmal Hisham bin Ibrahim, FT17 SMK TTDI, Pn. Juninah bt Mohmad Nor, FT17 PKG Segambut Jaya dan En. Mohd. Izzuddin, wakil Bayu Tronik. Pemantauan kali ini adalah untuk mengenalpasti permasalah yang perlu diambil tindakan oleh pihak syarikat. Dari segi Pemasangan kabel , nod dan electrical point belum dilakukan kerana guru dibilik terlibat dengan PMR, Label – label ICT dan tagging di rack dan nod belum dilakukan.

Pemantauan kali kedua pada 29 Oktober 2010 (Jumaat) jam 9.00 pagi. Masih belum dapat disiapkan kerana Network Equipment Rack baru sahaja sampai dan pihak kontraktor yang bertugas akan mengangkatnya ke tingkat 4 pada sebelah petang. Pada 9 November 2010 ( Selasa) kerja-kerja telah dapat disiapkan. Dan GICT telah menandatangi UAT cuma pihak PKG sahaja masih menunggu laporan fiber optic report sebelum UAT ditandatangani.

No comments:

Post a Comment