Pages

Thursday, August 19, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431 HIJRAH

Salam Ramadhan kepada semua sekolah ahli PKG Segambut Jaya, moga ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan dalam diri supaya sentiasa mengukur tahap keimanan kita kepada Allah s.w.t. Sama-sama kita renungkan sejenak, ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Di sediakan oleh: pkgsj

No comments:

Post a Comment