Pages

Friday, July 16, 2010

UJIAN PERMATA PINTAR UKM2 DI SMK SEGAMBUT JAYA




Pada 14 Julai 2010 (Rabu) Ujian PERMATA Pintar UKM2 telah diadakan di SMK Segambut Jaya. Ujian PERMATApintar UKM2 adalah ujian saringan kedua Ujian saringan ini mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Ia dibina dalam talian dan boleh dicapai dari laman web ini. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1. Hasil ujian saringan ini akan dipaparkan mengikut kategori berikut:

(a) Indeks Pemahaman Lisan
(b) Indeks Penaakulan Persepsi
(c) Indeks Daya Ingatan Bekerja
(d) Indeks Kelajuan Memproses Maklumat.

Program PERMATApintar dan PERMATA Insan ingin mengesan pelajar pintar cerdas semula jadi (nature) dan dikembangkan (nurture) bakat mereka melalui program PERMATApintar dan PERMATA Insan, berkemampuan menguji minda pelajar. Dua sesi telah diadakan iaitu sesi pagi dan petang.

Di sediakan oleh: pkgsj

No comments:

Post a Comment