Thursday, July 1, 2010
PEMANTAUAN KE SK MENJALARA
Pada 23 Jun 2010 (Rabu), jam 8.40 pagi pemantauan ICT telah di lakukan di Makmal komputer dan Pusat Akses SK Menjalara bagi tujuan mengenal pasti permasalah pada LAN, router dan switch. En. Rosli bin Abd. Wahid, Guru besar SK Menjalara turut hadir bagi tujuan tersebut. Hadir bersama En. Abd Halim bin Abu Samah, Pegawai Teknologi Pendidikan , BTPNKL, En. Shamsul bersama En. Nizam dari GITN, Pn. Nor Hafizah bt Hashim, GPICT, Pn. Rajathi a/p Vacliveloo, Juruteknik Komputer, SK Menjalara dan Pn. Juninah Bt Mohmad Nor, Juruteknik Komputer, PKG Segambut Jaya.
Pemantauan dibuat dari 3 bahagian iaitu :
1. Schoolnet
2. Makmal Komputer
3. Pusat Akses
Berdasarkan kepada pemantauan ke lokasi tersebut di dapati sekolah ini menghadapi beberapa masalah yang harus di ambil tindakan susulan antaranya adalah:
1. Switch rosak : 1 - di makmal komputer, 1- di pusat akses (5 port sahaja berfungsi). Perlu membuat laporan dalam Support Ticketing System (STS).
2. Schoolnet : Boleh akses setelah penukaran router di buat oleh pihak GITN.
3. Nod : Ada 16 nod di makmal, 1 nod di pc guru perlu di tukar cover wall plate kerana telah rosak. Perlukan penambahan nod sebanyak 6 nod termasuk nod untuk printer.
4. Electrical Power : Penambahan dengan membeli extension wire.
5. Penghawa dingin : 2 penghawa dingin tiada di bilik server dan bilik GPICT. Menurut GPICT dan juruteknik komputer ianya telah dicuri. Dan beliau telah membuat laporan.
Di sediakan oleh: pkgsj
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment