Pages

Monday, May 17, 2010

PROJEK RINTIS MAKMAL BAHASA 2010 (POC)







Pada 23 April 2010 Pemantauan POC telah di adakan di SMK Segambut Jaya bagi sekolah ahli pkg. Turut hadir En. Abdul Muen Sidek, En.Mohd Izwan Mohd Khalit dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Sektor PTMK, Pn. Putri Azalinah Tahir, wakil Bahagian Pengurusan dari Syarikat Bayutronik, Pn Haslizah Jibin,PTP PKG Segambut Jaya dan En. Mohd Farid Harun, GPICT SMK Segambut Jaya. Sebanyak 25 institusi pendidikan telah dipilih bagi melaksanakan POC. (23 buah sekolah dan 2 IPG), tujuan utama POC ini dijalankan adalah untuk memilih perisian makmal bahasa yang terbaik untuk Projek Rintis Makmal Bahasa di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan pada tahun ini (2010).

Selain itu, program yang dijalankan ini juga adalah untuk mengkaji perisian yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berteraskan komputer yang terdapat di sekolah. Perisian yang terpilih, akan digunapakai sebagai projek rintis di sekolah pada masa akan datang. Pengujian ini juga penting bagi menilai tahap keberkesanan perisian dengan kesesuian dan keperluan penggunaanya dikalangan pengguna (guru dan murid) sebelum ia disebarluas ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Di sediakan oleh: pkgsj

No comments:

Post a Comment