Pages

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

Imbuhan RM900 hingga RM7,500 jika berjaya lonjak prestasi sekolah

KUANTAN: Sempena Hari Guru semalam, kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika kecemerlangan diteruskan dan mereka berjaya mencapai KPI setiap tahun, ganjaran akan diberikan setiap tahun.

Beliau berkata, ia selaras konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Berita lanjut
Di sediakan oleh: pkgsj

PEMANTAUAN PROJEK LAN FASA 1 SMA K. LUMPUR




Pemantauan kali pertama pada 6 April 2010 (Selasa) telah di buat di sekolah ini bersama syarikat Bayutronik di wakili oleh En. Saiful Azrai bin Kelia,Pn Haslizah bt Jibin, PTP PKG Segambut Jaya, Pn Juninah bt Mohmad Nor, Juruteknik Komputer dan Pn. Fadzlin bt Mahammad Karoni, GPICT SMA K. Lumpur.

Pada 12 Mei 2010 (Rabu)ini merupakan pemantauan kali kedua dari kami bagi memastikan syarikat dapat menyelesaikan kerja-kerja pemantauan kali pertama dulu. Masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh pihak syarikat Bayutronik antaranya adalah:

1. Utp Cabling GPICT minta yang panjang untuk Pusat Sumber
2. Access Point Kena Tukar Cable Cat6-Vendor Belum Tukar
3. PVC Ada Yang Belum Label ICT
4. Bilik Kaunseling Belum Label Nod Sama Dengan Nod Di Acces Switch
5. Bilik Pengetua berkunci - GPICT akan semak

Pihak PKG telah maklum kepada GPICT Pn. Fadzlin bt Mahammad Karoni supaya membuat semakan sebelum mendatangani UAT kerana telah 2 kali membuat pemantauan tetapi kerja masih belum selesai.

Di sediakan oleh: pkgsj

PEMANTAUAN PROJEK LAN FASA 1 DI SMK DATO' IBRAHIM YAACOB




Pada 11 Mei 2010 (Selasa) syarikat Bayutronik dan PKG Segambut Jaya telah membuat pemantauan di SMK Dato' Ibrahim Yaacob. Syarikat Bayutronik diwakili oleh En. Saiful Azrai bin Kelia, PKG Segambut Jaya oleh Pn. Juninah bt Mohmad Nor dan GPICT SMK Dato' Ibrahim Yaacob En. Razli bin Yusoff. Pada keseluruhannya GPICT sekolah ini berpuashati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak syarikat. Cuma sedikit sahaja kerja-kerja yang belum diselesaikan iaitu:

1. Cable bilik PK KOKO cable cat6 tiada - telah di selesaikan masa pemantauan dibuat
2. Access Switch di bilik mesyuarat diubah ke Blok A Makmal Sains - atas permintaan pihak sekolah
3. PVC sedikit sahaja belum di label - pihak syarikat telah buat selepas pemantauan bersama GPICT.

UAT akan ditandatangi oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya selepas semua kerja-kerja ini selesai.

Di sediakan oleh: pkgsj

PEMANTAUAN PROJEK LAN FASA 1 DI SK SERI DELIMA







Pada 10 Mei 2010 (Isnin) En. Abd. Halim bin Abu Samah, PTP Unit Perkhidmatan ICT, BTPNKL, En. Saiful Azrai bin Kelia, Bayutronik, Pn. Juninah bt Mohmad Nor, Juruteknik Komputer, PKG Segambut Jaya serta Pn. Shahida bt Mokhtar, GPICT SK Seri Delima telah turut sama membuat pemantauan projek LAN Fasa 1. Sepanjang pemantauan tersebut beberapa perkara perlu di ambil tindakan oleh pihak Bayutronik, antaranya adalah:

1. Plan (diagram) belum disahkan
2. Electrical Point ada 10 sahaja (sepatutnya 17)
3. Fiber Optic tidak dilabel
4. Cable Access Point belum tukar
5. PVC belum dilabel
6. 1 nod belum siap (pejabat)
7. Tagging di AP dan nod

En. Saiful Azrai bin Kelia akan mengambil tindakan diatas teguran yang dikemukakan oleh En Abd. Halim bin Abu Samah.

Di sediakan oleh: pkgsj

SPPICTS 100% TERIMA KASIH



Tahniah kepada sekolah ahli PKG Segambut Jaya kerana dengan usaha yang gigih dari semua pihak iaitu BTP,BTPNKL, PKG dan GPICT sekolah pengisian data telah mencapai 100% pada 7 Mei 2007.

TERIMA KASIH SEMUA

Di sediakan oleh: pkgsj

LAWATAN KERJA KE PKG SEGAMBUT JAYA





Pada 30 April 2010, pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara yang diketuai oleh En Humaidi bin Saad, En. Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL dan En. Zainuddin bin Othman, PP BTPNKL serta En.Abd. Halim bin Abu Samah Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT BTPNKL. telah singgah di PKG Segambut Jaya sebaik selesai dari menghadiri Mesyuarat Tapak yang berlangsung di Tapak Pembinaan PKG Sentul Baru. Rombongan berkenaan sempat menikmati hidangan dengan laksa Penang.

Terima kasih atas kesudian pihak BTP dan BTPNKL yang melawat kami.

Di sediakan oleh: pkgsj

PROJEK RINTIS MAKMAL BAHASA 2010 (POC)







Pada 23 April 2010 Pemantauan POC telah di adakan di SMK Segambut Jaya bagi sekolah ahli pkg. Turut hadir En. Abdul Muen Sidek, En.Mohd Izwan Mohd Khalit dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Sektor PTMK, Pn. Putri Azalinah Tahir, wakil Bahagian Pengurusan dari Syarikat Bayutronik, Pn Haslizah Jibin,PTP PKG Segambut Jaya dan En. Mohd Farid Harun, GPICT SMK Segambut Jaya. Sebanyak 25 institusi pendidikan telah dipilih bagi melaksanakan POC. (23 buah sekolah dan 2 IPG), tujuan utama POC ini dijalankan adalah untuk memilih perisian makmal bahasa yang terbaik untuk Projek Rintis Makmal Bahasa di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan pada tahun ini (2010).

Selain itu, program yang dijalankan ini juga adalah untuk mengkaji perisian yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berteraskan komputer yang terdapat di sekolah. Perisian yang terpilih, akan digunapakai sebagai projek rintis di sekolah pada masa akan datang. Pengujian ini juga penting bagi menilai tahap keberkesanan perisian dengan kesesuian dan keperluan penggunaanya dikalangan pengguna (guru dan murid) sebelum ia disebarluas ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Di sediakan oleh: pkgsj