Harap maklum pada 16 April 2010 En.Mohammad Yusof bin K Mohamad, Ketua Unit Data Sektor Dasar,Bahagian Teknologi Pendidikan telah memaklumkan dalam email tentang pemasalahan SPPICTS.
NEGERI PERATUS SEKOLAH SIAP MENJAWAB
JOHOR 52.74 %
KEDAH 27.98 %
KELANTAN 19.65 %
MELAKA 22.95 %
NEGERI SEMBILAN 22.56 %
PAHANG 18.03 %
PULAU PINANG 30.38 %
PERAK 37.75 %
PERLIS 20.00 %
SELANGOR 18.67 %
TERENGGANU 25.57 %
SABAH 27.60 %
SARAWAK 13.29 %
WP KUALA LUMPUR 9.49 %
WP LABUAN 7.69 %
WP PUTRAJAYA 0.00 %
JUMLAH 26.47 %
1. Seperti yang dapat dilihat, peratus pengisian adalah rendah. Walaupun kami telah membaiki beberapa aspek berkaitan aplikasi dan rangkaian, tetapi pengguna masih menghadapi masalah. Daripada maklum balas yang diterima, masalah utama ialah yang berkaitan fungsi 'simpan' atau 'save' data yang diisi oleh pengguna.
2. Oleh yang demikian, pasukan teknikal telah membuat penambahbaikan lagi dan mengesyorkan agar menyahaktifkan fungsi cetak borang yang telah diisi oleh sekolah. Kami dapati input data menjadi sangat cepat selepas fungsi tersebut dinyahaktifkan. Sila ambil maklum bahawa fungsi cetak dokumen tidak aktif dan abaikan arahan cetak buat sementara waktu.
3. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang maklum balas, sila emel kepada Unit Data BTP ( unitdata@moe.edu.my ). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010
Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
Catatan:
Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my
Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua negeri.
Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.
No comments:
Post a Comment