Pages

Thursday, March 11, 2010

PEMANTAUAN KE SEKOLAH SJKC KEPONG 3

Pada hari Selasa 9 Mac 2010, jam 11.40 pagi Pn. Haslizah bt Jibin, Pegawai Teknologi Pendidikan dan Pn. Juninah bt Mohmad Nor, Juruteknik Komputer telah pergi memantau sekolah SJKC Kepong 3. Tujuan pemantauan ini adalah untuk melihat sendiri adakah sekolah ini tidak menggunakan talian schoolnet seperti laporan di SSQS. Kami telah berjumpa sendiri guru besar sekolah ini iaitu Pn. Lim Siew Kim, menurut beliau memang sekolah beliau tidak ada talian schoolnet. Sekolah ini menggunakan talian Streamyx, yang mengendalikannya adalah syarikat swasta. Beliau berharap pihak BTPNKL dapat membantu sekolah ini dari masa ke semasa. Dan dalam masa yang sama beliau mahu talian streamyx ini di kekalkan.

Di sediakan oleh: PKGSJ





No comments:

Post a Comment