Pages

Tuesday, March 9, 2010

MESYUARAT AGUNG JKPA SESI 2010/2011 PKG SEGAMBUT JAYA







PKG Segambut Jaya telah mengadakan Mesyuarat Agung JKPA Sesi 2010/2011 pada 4 Mac 2010. Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi berjalan dengan lancar. Seramai 51 orang pengetua, guru besar dan wakil sekolah ahli telah hadir.

Pihak PKG amat berbesar hati dengan kehadiran En. Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Zainuddin bin Othman Penolong Pengarah BTPNKL dan Pn. Hjh. Noorayni bt Othman dari Unit Hal Ehwal PKG.

Berikut adalah lantikan Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Sesi 2010/2011

Pengerusi : Tn. Hj. Muhamad Khailani bin Abd. Jalil AMN, PMC
(SMK Segambut Jaya)
N.Pengerusi : En Roslan bin Jais (SK Tmn. Seri Sinar)
Setiausaha : Pn. Haslizah bt Jibin (PKG Segambut Jaya)
Bendahari : Pn. Yuha bt Abd Rahim (SMK Dato Ibrahim Yaacob)

Biro Latihan & Penghasilan
Pengerusi : SMK Seri Hartamas
N.Pengerusi : SK La Salle(1)Jinjang

Biro Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : SMK Raja Abdullah
N.Pengerusi : SK Tiara Permai

Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi
Pengerusi : SMK Raja Ali
N.Pengerusi : SK Batu 4 (2) Jalan Ipoh

Biro Sosial & Kebajikan
Pengerusi : SMK Kiaramas
N.Pengerusi : SK Seri Hartamas

Juruaudit Dalam :
Pengetua SMK Taman Bukit Maluri
Guru Besar, SK Segambut

Pihak PKG Segambut Jaya merakamkan ucapan tahniah kepada Tn. Hj. Muhamad Khailani bin Abdul Jalil, Pengetua SMK Segambut Jaya kerana telah dipilih sekali lagi menyandang jawatan Pengerusi JKPA sesi 2010/2011. Terima kasih kepada semua pengetua, guru besar dan wakil sekolah yang telah hadir dalam mesyuarat kali ini.

Di sediakan oleh : PKGSJ

No comments:

Post a Comment