Pages

Friday, January 15, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN STATUS PENGGANTIAN PERALATAN ICT MAKMAL SEKOLAH


Pada 8 Januari 2010(Jumaat) Pn Haslizah bt Jibin DGA29 dan Pn. Juninah bt Mohmad Nor FT17 telah pergi membuat pemantauan tentang status penggantian peralalatan ICT Makmal sekolah. Sebanyak 4 sekolah telah di pilih untuk pemantauan status tersebut. Sekolah yang terlibat adalah SK Menjalara, SK Kepong Baru, SK Seri Delima Dan SK Seri Murni. Hasil pemantauan tersebut ada beberapa faktor yang perlu di bawa ke mesyuarat pada 13 Januari 2010 (Rabu).
SK SERI DELIMA

Pn. Syahida bt Moktar Penyelaras Makmal SK Seri Delima memberitahu sekolah beliau belum lagi membuat pengujian uji lari, ini disebabkan beliau tiada ketika itu. Pn Haslizah memberitahu kepada beliau supaya menghubungi syarikat Trustwell untuk tindakan selanjutnya.


SK MENJALARA

En. Rosli Guru Besar SK Menjalara memberi serba sedikit masalah yang di hadapi oleh sekolah beliau. Segala permasalahan telah di bawa ke Mesyuarat Penggantian Peralatan ICT makmal sekolah pada 13 Januari 2010 (Rabu) bersama syarikat yang terlibat.

SK KEPONG BARU

En Mazlan bin Muhammad Penyelaras ICT SK Kepong Baru memberitahu Switch/Hub yang sedia ada bermasalah dan beliau mengambil inisiatif sendiri menggantikan dengan Switch/Hub Streamxy.

SK SERI MURNI

En Firdaus Penyelaras ICT SK Seri Murni setakat ini semuanya dalam keadaan yang memuaskan cuma, ada beberapa cable network tidak mencukupi.

No comments:

Post a Comment