Taklimat Penggunaan Support Ticketing
System (STS) ini telah diadakan di Makmal Komputer (Bilik Mutiara) PKG Sentul pada
5 April 2012. Taklimat yang bermula pada
jam 2.00 petang ini telah melibatkan seramai 39 orang peserta yang terdiri
daripada GiCT/GPB
Taklimat
ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada GiCT/GPB mengenai penggunaan
STS yang bertujuan membantu para guru melaporkan kerosakan peralatan komputer
sekolah. Hanya beberapa orang guru yang terlibat daripada setiap PKG kerana
taklimat ini mensasarkan kepada GiCT/GPB yang baru serta sekolah yang didapati
tidak melaporkan sebarang kerosakan sebelum ini.
Taklimat ini telah
disampaikan oleh En. Zaini b. Mohd Endot (PKG Bangsar). Turut membantu ialah En. Mohd Seth b. Yusof (PKG
Kampung Pandan), Pn. Normastura bt. Abd.Talib (PKG Segambut Jaya), Pn. Siti
Shahira bt. Abdul Rahman (PKG Pudu), Cik Rina Murugaiah (PKG Keramat) dan Cik
Syam Irza bt. Mohd Sham (PKG Sentul).