Pages

Friday, August 20, 2010

PENGISIAN DATA SSQS

Tarikh pengisian data SSQS akan tamat pada 30 Ogos 2010. Mohon kerjasama dari GPICT/GPB/FT17 mengisi maklumat berkenaan sebelum tarikh tersebut. Ini adalah senarai sekolah yang masih belum mengisi data SSQS.


1. SK TAMAN BUKIT MALURI
2. SK KG SELAYANG
3. SK SEGAMBUT
4. SK SG PENCHALA
5. SK BKT DAMANSARA
6. SK TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
7. SK TAMAN KEPONG
8. SK MENJALARA
9. SK TAMAN SERI SINAR
10.SK SERI MURNI
11.SK LA SALLE 1 JINJANG
12.SK (2) BATU 4 JALAN IPOH
13.SJK(C) JINJANG TENGAH 1
14.SJK(C) JINJANG UTARA
15.SJK(C) JINJANG SELATAN
16.SJK(C) KEPONG 1
17.SJK(C) KEPONG 2
18.SJK(C) KEPONG 3
19.SJK(C) JINJANG TENGAH 2
20.SJK(T) SEGAMBUT
21.SMK TAMAN BUKIT MALURI
22.SMK SERI HARTAMAS
23.SMK SEGAMBUT JAYA

Pihak BTP memaklumkan dalam emailnya pada 18 Ogos 2010:

Dimaklumkan bahawa penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS) yang sedang berjalan sekarang akan tamat pada 30 Ogos 2010. Oleh itu diharapkan kerjasama dari Tuan untuk menghantar data SSQS 2010 (offline, jika ada) ke BTP sebelum atau pada 30 Ogos 2010. Maklumat data penarafan SSQS, 2010 ini akan dibentangkan dalam mesyuarat JK Pemandu Sekolah Bestari pada 15 September 2010 yang akan dipengerusikan bersama Y.Bhg. Tan Sri KSU KPM dan CEO Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC).

Sebarang pertanyaan, pihak tuan bolehlah menghubungi Pn. Maimunah Binti Mohd Tahir di talian 03-2098 7753 (017- 3477 739) atau En. Mahmud Pa'aid Bin Yusoff, 03-2098 7012 (019-383 2470) atau emel kepada best@moe.edu.my.

Kerjasama dari pihak sekolah amatlah kami hargai. Terima Kasih.

Thursday, August 19, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431 HIJRAH

Salam Ramadhan kepada semua sekolah ahli PKG Segambut Jaya, moga ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan dalam diri supaya sentiasa mengukur tahap keimanan kita kepada Allah s.w.t. Sama-sama kita renungkan sejenak, ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Di sediakan oleh: pkgsj

Thursday, August 12, 2010

TAHNIAH IQ-PSS MENCAPAI 100%

Terima kasih diatas pencapaian 100% IQ-PSS kepada sekolah ahli PKG Segambut Jaya dan guru GPM diatas kerjasama yang diberi. Semoga matlamat untuk Memperkasa Pusat Sumber Sekolah bagi membudayakan perkongsian maklumat ke arah pembentukan generasi berilmu melalui jaringan perkongsian pintar dapat dilaksanakan.

Di sediakan oleh: pkgsj

Thursday, August 5, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN KE SK SERI MURNI




Pada 30 Julai 2010 (Jumaat), jam 8.00 pagi pemantauan ICT telah di lakukan di Makmal Komputer dan Pusat Akses SK Seri Murni bagi tujuan mengenal pasti permasalah pada LAN, router dan switch. En. Md Faizal bin Md Salleh , Penolong Kanan 1, SK Seri Murni turut hadir bagi tujuan tersebut. Hadir bersama En. Abd Halim bin Abu Samah, Pegawai Teknologi Pendidikan , BTPNKL, En. Mohd. Fairus bin Mohd. Shah, GITN, En. Mohd Firdaus bin Mohd Shaari , GPICT, SK Seri Murni, Cik Nur Shazwana bt Ishak, Juruteknik Komputer, SK Seri Murni dan Pn. Juninah Bt Mohmad Nor, Juruteknik Komputer, PKG Segambut Jaya.

Hasil pemantauan tersebut didapati port di router 3 rosak, line tidak stabil, pihak GITN telah membuat penukaran router, 5 port dan 5 nod telah rosak . En Abd. Halim telah menukarkan switch lain sementara syarikat yang di lantik oleh BTP datang membuat penyelenggaran. Penyusunan semula nombor ip di setiap pc.
Di sediakan oleh: pkgsj